ACDM main peranan besar selaras bantuan ke Sulawesi

Thursday, October 4, 2018

ACDM main peranan besar selaras bantuan ke Sulawesi

ACDM main peranan besar selaras bantuan ke Sulawesi

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Jawatankuasa Asean mengenai Pengurusan Bencana (ACDM) memainkan peranan penting dalam menyelaras dan memperluaskan bantuan dan sokongan kepada Indonesia bagi menyalurkan bantuan, selepas gempa bumi dan tsunami melanda Sulawesi minggu lepas.

Beliau berkata, beberapa kawasan di Sulawesi â€" Palu, Donggala dan Sigi â€" mengalami kerosakan  besar akibat bencana itu dan kematian dilaporkan mencatat lebih 1,000 orang manakala lebih 60,000 rumah musnah dan 60,000 lagi orang tidak mempunyai tempat tinggal.

“Tragedi itu memang menyayat hati, tetapi sebagai jiran, kita tidak mahu duduk berdiam diri dan melihat dari sisi sahaja.

“Namun untuk cuba membantu tanpa penyelarasan yang teratur dan perancangan yang strategik akan  menghasilkan situasi yang lebih huru-hara. Daripada membantu, kita mungkin berkesudahan menyusahkan  pihak penyelamat yang lain.

“Adalah jelas bahawa dalam keadaan seumpama, ACDM mempunyai peranan penting,” katanya pada perasmian mesyuarat ACDM ke-33, Mesyuarat Menteri-menteri Asean mengenai Pengurusan Bencana di sini hari ini. â€" Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment