123 anak penyu gergasi dicuri

Friday, October 5, 2018

123 anak penyu gergasi dicuri


Perkara itu disahkan oleh Washington Paredes, seorang ahli Parlimen di kepulauan yang terletak di Lautan Pasifik itu.

“Kesemua anak penyu gergasi itu hilang serentak, jumlahnya 123 ekor. Ini satu rompakan,” tegasnya.

Jelas beliau, kehilangan anak penyu gergasi itu disedari pada Selasa minggu lalu.

Beliau turut mendakwa pusat ternakan itu memiliki tahap kawalan keselamatan yang lemah tanpa dilengkapi ka­mera litar tertutup atau penderia cahaya.

Dalam pada itu, Taman Negara Galapagos memberitahu, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian tersebut yang berlaku di Isa­bela, salah sebuah pulau dalam gugusan kepulauan berkenaan.

Penyu gergasi adalah simbol kesayangan kepulauan itu yang diinspirasikan oleh teori evolusi Charles Darwin.

Kementerian Alam Sekitar pula menjelaskan akan mengeluarkan kenyataan sebaik sahaja memperoleh maklumat secara rasmi.

Pada Jun lalu, sebanyak 26 penyu dewasa yang diseludup ke Peru dikembalikan ke pulau berkenaan.

Sebanyak 12 spesies penyu gergasi ‘menghuni’ kepulauan itu yang juga tapak warisan semula jadi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – AFP



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment