1.2 juta pelancong Indonesia ke Melaka

Saturday, October 6, 2018

1.2 juta pelancong Indonesia ke Melaka

1.2 juta pelancong Indonesia ke Melaka

MELAKA TENGAH - Melaka terus mencatatkan kehadiran pelancong dari Indonesia hampir setiap hari walaupun negara jiran itu dilanda bencana tsunami dan gempa bumi di kepulauan Sulawesi.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Muhammad Jailani Khamis berkata, rata-rata pengunjung dari negara jiran itu datang dari Pulau Jawa dan Sumatera, sekali gus menunjukkan sektor pelancongan negeri tidak terjejas.

Menurutnya, senario itu turut menunjukkan jumlah bilangan pelancong bertambah setiap tahun dengan anggaran 1.2 juta pelancong dari negara berkenaan pada tahun lalu.

"Biarpun kita tiada angka tepat untuk pelancong dari Indonesia tetapi saya tegaskan sektor pelancongan Melaka tidak terjejas dengan bencana yang berlaku.

"Kebanyakan pengunjung Indonesia ke Melaka adalah dari kepulauan Jawa dan Sumatera," katanya, semalam.

Dalam perkembangan lain, Muhamad Jailani berkata, kerajaan negeri sedang merangka pelan pembangunan infrastruktur bertemakan Timur Tengah bagi meningkatkan jumlah pelancong dari Arab yang semakin berkurangan.

Jelasnya, beliau juga tidak menolak kekurangan kelengkapan yang terhad antara faktor penurunan pelancong dari negara tersebut.

Katanya, Melaka tekad memperkasakan kerjasama dengan negara-negara Asean dalam usaha mencapai sasaran 20 juta pengunjung tahun depan.

"Melaka juga dalam rangka memperkasakan hubungan kekeluargaan bersama negara serantau," katanya.

Dalam pada itu, beliau bercadang mewujudkan Tabung Bantuan Pelancong sebagai tanda prihatin terhadap bencana gempa bumi dan tsunami yang mengorbankan lebih 1,400 mangsa di Palu, Sulawesi.    
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment