Perintah tahanan reman bermula hari ini dikeluarkan Majistret, Siti Hajar Ali selepas mendengar permohonan daripada Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Anis Redza Mohamad Anwar.
Walau bagaimanapun, empat daripada mereka diikat jamin antara RM3,000 hingga RM10,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Akhbar hari ini melaporkan 17 kontraktor termasuk lima wanita berusia dalam lingkungan 30-an hingga 60-an daripada syarikat berasingan ditahan di Pejabat SPRM negeri, di sini kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.
Siasatan awal mendapati kesemua mereka telah membuat tuntutan palsu berkaitan kerja penganjuran Program Liga Sukan Untuk Semua Daerah di Ledang, Mersing, Muar, Batu Pahat, Kulai, Pontian, Kluang dan Kota Tinggi pad Tahun 2015, sedangkan program berkenaan tidak dilaksanakan. - UTUSAN ONLINE
Video oleh NUR AISYAH MAZALAN
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment