Terengganu bakal perluas penggunaan IBS

Wednesday, October 10, 2018

Terengganu bakal perluas penggunaan IBS

Terengganu bakal perluas penggunaan IBS

KUALA TERENGGANU - Terengganu akan mengkaji untuk memperluaskan penggunaan sistem binaan berindustri (IBS) atau pembinaan pasang siap terhadap projek perumahan di negeri ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr Alias Razak berkata, penilaian akan dilakukan menerusi pembinaan rumah yang akan dibangunkan Syarikat Permintex Warijitu Resources Sdn Bhd menggunakan kaedah itu di Dungun.

“Sebanyak 13 unit rumah teres akan dibina menerusi pilot projek pertama yang akan dibangunkan di sini menggunakan kaedah itu.

“Sekiranya inovasi yang digunakan menerusi projek itu dapat mengurangkan kos, mempercepatkan tempoh pembinaan serta hasil yang berkualiti, kita akan pertimbangkan untuk memperluaskan penggunaan kaedah ini terhadap projek perumahan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pembukaan Inovar Floor Showroom Kuala Terengganu di Jalan Sultan Zainal Abidi, di sini, hari ini.

Alias turut mengakui penerimaan terhadap teknologi baharu tidak dapat dinafikan dan perubahan kepada kaedah yang lebih baik perlu dilakukan dengan berani.

Mengulas mengenai kemasan kediaman hasil inovasi dibawakan oleh peneraju industri lantai kayu berlamina, Inovar Floor Resources Sdn Bhd, katanya, ia adalah salah satu teknologi baharu yang perlu diimplementasikan di negeri ini.

“Kelebihan yang seperti kalis air, tahan api daripada merebak, tahan tumpahan bahan kimia, mesra alam dan antibakteria seharusnya diterima baik oleh pengguna.

“Sebarang inovasi yang memberi manfaat kepada kita seharusnya diterima dengan baik selain untuk kepuasan penggunaan ia juga akan meninggalkan manfaat yang baik untuk generasi akan datang,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment