SOJC 2018: Skuad remaja berputih mata lagi

Wednesday, October 10, 2018

SOJC 2018: Skuad remaja berputih mata lagi

SOJC 2018: Skuad remaja berputih mata lagi

JOHOR BAHRU - Skuad hoki remaja negara terus berputih mata selepas ditewaskan 1-5 oleh Great Britain dalam aksi keempatnya pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor (SOJC) 2018 di Stadium Hoki Taman Daya, di sini malam ini.

Meskipun bermula agresif, namun anak buah Nor Saiful Zaini gagal mengatasi kemahiran pemain Great Britain yang memenangi kejohanan itu pada 2015 apabila pemainnya West Daniel meledakkan gawang tuan rumah dengan gol pertama seawal minit keenam menerusi gol padang.

Tersentak dengan jaringan itu, Malaysia bangkit lalu menyerang kubu pertahanan pasukan pelawat dan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-11 menerusi pukulan sudut penalti selepas hantaran Muhammad Luqman Hakim Mohamad Asri disempurnakan oleh Muhammad Nur Asyraf Ishak.

Pelawat kemudiannya menambah jaringan kedua menerusi gol padang pada minit ke-13 oleh Oates James dan pukulan sudut penalti pada minit ke-26 oleh Nurse Timothy yang disudahi Scott Duncan.

Bekas naib johan SOJC 2017 itu terus cemerlang apabila berjaya memperoleh gol keempat menerusi gol padang Russel Thomas pada minit ke-39.

Masuk minit ke-45, anak buah Jon Bleby itu terus menjarakkan kedudukan apabila menjaringkan gol kelima melalui gol padang oleh Golden Cameron untuk kedudukan 1-5 kekal sehingga tiupan wisel penamat.

Terdahulu, India yang pernah menjuarai kejohanan itu pada 2013 dan 2014, mengesahkan slot ke final selepas mengecapi kemenangan 5-4 bertemu juara bertahan Australia pada aksi keempatnya petang tadi.

Untuk rekod, India bakal beraksi di pentas final untuk kali kelima. Pasukan itu beraksi di final pada 2012, 2013, 2014 dan 2015. -Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment