Rosmah mengaku tidak bersalah

Wednesday, October 3, 2018

Rosmah mengaku tidak bersalah


Rosmah, 67,  membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan selesai dibaca satu persatu kepadanya  oleh dua jurubahasa di hadapan Hakim Azura Alwi.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Rosmah diwakili peguam Datuk K. Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram Vincent sementara pendakwaan diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment