Remaja pilu kehilangan kasih ibu dalam gempa bumi

Friday, October 5, 2018

Remaja pilu kehilangan kasih ibu dalam gempa bumi

Remaja pilu kehilangan kasih ibu dalam gempa bumi

KOTA PALU รข€" INDONESIA. "Saat khutbah dibaca, saya tidak dapat menahan air mata apabila mengenangkan ibu saya yang maut dalam bencana ini."

Itu luahan Erinto Kahdumah, anak tunggal berusia 13 tahun yang seperti hilang arah apabila orang yang paling disayanginya telah tiada akibat kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Sulawesi Tengah, Jumaat lalu.

Erinto sebelum ini tinggal bersama ibunya Kasidah Ahmed, 46, di Patebo yang menyaksikan kawasan itu mengalami kemusnahan teruk.

Jasad ibu ditemui pasukan mencari dan menyelamat di celah runtuhan di kawasan dapur rumah kami yang ranap, katanya ketika ditemui Bernama selepas solat Jumaat di Masjid Darul Naim di Palu Selatan, dekat sini.

Lebih memilukan, remaja itu berkata dia tidak akan dapat lagi merasai nikmat disuapkan ibunya ketika makan.

"Setiap hari sebelum saya pergi ke sekolah, ibu akan menyuapkan makan tengah hari kerana dia risau saya mengotorkan seragam sekolah jika makan sendiri," kata Erinto.

"Selepas ini, dengan siapa lagi saya boleh menumpang kasih? Siapa yang mahu suapkan saya makan?," katanya sambil menahan sebak.

Selepas mengamati khutbah Jumaat yang disampaikan, Erinto mengakui perlu menguatkan diri untuk meneruskan kehidupannya.

"Khatib ketika menyampaikan khutbah ada menyatakan kami tidak harus putus asa, sebaliknya perlu terus bangkit membina kehidupan baharu.

"Jika saya berputus asa dengan hidup ini, siapa yang akan melawat dan menjaga kubur ibuku?" jelas remaja itu.

Tragedi itu dilapor mengorbankan lebih 1,500 nyawa dan angka tersebut dijangka meningkat. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment