Raja Muda Perlis beri kepercayaan kepada polis

Wednesday, October 10, 2018

Raja Muda Perlis beri kepercayaan kepada polis

Raja Muda Perlis beri kepercayaan kepada polis

KANGAR â€" Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya tiada pihak mengaitkan Perlis dengan isu keganasan dan kepercayaan penuh diberikan kepada polis untuk melipatgandakan pemantauan keselamatan di negeri ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor, Tuanku Syed Faizuddin selaku Yang Dipertua MAIPs, mengeluarkan titah itu selepas mempengerusikan pertemuan khas dengan Mufti Kerajaan Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Pertemuan itu turut dihadiri Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis, Dr Hazman Hassan dan pengurusan institusi pengajian agama yang dikaitkan dengan pengganas yang beroperasi di Bukit Jernih manakala, Ketua Polis Perlis, Noor Mushar Mohamad dijemput memberi pandangan serta nasihat keselamatan.

Polis Unit Anti Pengganas Bukit Aman baru-baru ini memberkas lapan orang, enam daripada mereka adalah pelajar institusi itu.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Mohd Nazim berkata Tuanku Syed Faizuddin turut menyerahkan salinan fatwa berkaitan ‘Takrif Jihad Fi Sabilillah’ kepada Noor Mushar bagi mengelak aktiviti keganasan atas nama agama.

Menurut kenyataan itu lagi seramai 119 orang warga asing dari 19 buah negara belajar di institusi itu dan menyifatkan penangkapan enam orang daripada mereka sebagai kes terpencil.

Mohd Nazim berkata pertemuan itu mencapai tujuh keputusan, antaranya operasi pengajian institusi itu dihentikan serta-merta sehingga satu tarikh yang akan diumumkan oleh Ketua Polis Perlis dan dalam tempoh penutupan polis akan membuat semakan terperinci serta tapisan keselamatan terhadap setiap individu di institusi berkenaan.

Selain itu, pengurusan Agama di Perlis menuntut pengurusan institusi berkenaan melaksanakan pengajian dengan pendekatan sederhana dan mengambil kira latar belakang setempat dan masyarakat di Perlis hendaklah peka serta melaporkan kepada pihak berkuasa aktiviti anasir yang bercanggah dengan undang-undang. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment