Baru-baru ini, kenyataan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mengenai tujuan program Gegar Vaganza itu diadakan untuk mengangkat martabat artis yang ‘sendu’, mengundang kemarahan di kalangan artis dan penggiat industri muzik Malaysia.

Kenyataan Vida yang kedengaran seperti kasar itu membuatkan segelintir artis terasa hati, antaranya penyanyi Noraniza Idris yang meluahkan rasa kecewa apabila melabelkan rakan-rakannya seperti terdesak untuk menyertai program tersebut.


BACA: DSV: Dimana Aishah Sebelum GV?


Isu tersebut turut mendapat perhatian Persatuan Karyawan Malaysia menerusi kenyataan yang dimuat naik oleh komposer, Damian Mikhail turut meluahkan rasa terkilan di atas tindakan Vida. Vida tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu hanya kerana perbalahannya dengan penyanyi Aishah.



View this post on Instagram

Isu Kenyataan Artis "Sendu" , KARYAWAN kesal serta berharap dapat diselesaikan dengan baik KARYAWAN merasa amat terkilan dan menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh DS Vida , pengasas Vida Beauty Sdn Bhd amat tidak bersesuaian apabila beliau membuat kenyataan berhubung dengan penajaan beliau terhadap program TV Gegar Vaganza ialah bagi menaikkan artis yang telah "sendu", setelah berlakunya perbalahan beliau dengan Juara GV 4, Aishah. "Individu seperti DS Vida ini yang merupakan usahawan yang berjaya memang diperlukan oleh Industri seni kita bagi memberi sokongan modal melalui penganjuran acara ataupun rancangan, namun bukan bermakna beliau boleh melakukan apa saja atau mengeluarkan kata-kata yang bersifat merendah-rendahkan martabat para artis tanah air sebagaimana yang dilafazkan baru-baru ini. Beliau juga harus ingat dengan penajaan beliau didalam beberapa program TV inilah yang telah menaikkan produk beliau seperti Qu Puteh dan Pamoga dimata masyarakat", ujar Dato Freddie Fernandez, Presiden KARYAWAN Umumnya mengetahui mengenai perbalahan diantara DS Vida dengan penyanyi Aishah berhubung dengan kontroversi hadiah dan KARYAWAN amat mengharapkan agar isu ini dapat diselesaikan secara musyawarah dan muhibbah diantara mereka berdua serta bersedia menjadi pihak tengah seandainya diperlukan. "Pada kami kedua-dua individu yang sedang berkonflik ini telah mempunyai legasi yang tersendiri. Aishah merupakan senior industri yang mempunyai banyak jasanya serta amat dihormati manakala DS Vida pula seorang hartawan dan usahawan yang berjaya . Dengan demikian kami beranggapan alangkah indahnya jika isu yang timbul dapat diselesaikan secara kekeluargaan demi mengelakkan dari terkeluarnya pelbagai kenyataan kontroversi yang tidak bersesuaian dan beremosi yang akhirnya akan mengguris hati pelbagai pihak, sekaligus memberi impak negatif kepada diri masing-masing", Ujar Freddie mengakhiri perbualan. @karyawanmsia Dato Freddie Fernandez 012 2071400 #artisbukanbarua

A post shared by damianmikhail (@damianmikhailmusic) on

Turut diingatkan, Vida juga mendapat kepentingan daripada penajaan program tersebut yang telah menaikkan jenama produknya di mata masyarakat. Pihak karyawan juga berharap agar isu kontroversi hadiah itu dapat diselesaikan secara baik dan bersedia menjadi orang tengah.

Dalam pada itu, netizen berpendapat kenyataan Vida itu dilihat agak melampau. Ada yang mengatakan Aishah sudah lama berada dalam industri dan merupakan penyanyi lagenda jika nak dibandingkan dengan Vida yang baru saja mempunyai dua buah lagu.

Dikhabarkan, petang tadi satu sidang media khas diadakan oleh Datuk Seri Vida berhubung isu rantai berlian. Adakah beliau akan membuat permohonan maaf? Isu tersebut akan di kemaskini dari semasa ke semasa.