Nguyen Phu Trong calon presiden Vietnam

Wednesday, October 3, 2018

Nguyen Phu Trong calon presiden Vietnam

Nguyen Phu Trong calon presiden Vietnam

HANOI - VIETNAM. Parti Komunis Vietnam hari ini, mencalonkan Setiausaha Agungnya, Nguyen Phu Trong, sebagai presiden, sekali gus bakal menjadikan beliau individu paling berkuasa di negara itu.

Trong, 74, merupakan calon tunggal untuk jawatan itu dan pelantikannya dijangka diluluskan tanpa bantahan oleh Parlimen Vietnam yang bakal bersidang selama sebulan mulai 22 Oktober ini.

“Jawatankuasa Pusat Parti (Komunis Vietnam) sebulat suara mencalonkan Nguyen Phu Trong untuk menyandang jawatan presiden,” kata parti itu dalam satu kenyataan di laman web rasminya.

Beliau bakal menggantikan bekas presiden, mendiang Tran Dai Quang, 61, yang meninggal dunia bulan lalu.

Jawatan presiden dan setiausaha agung parti tidak pernah disandang oleh individu sama sejak berdekad lamanya.

Pengasas Parti Komunis Vietnam, Ho Chi Minh adalah individu terakhir yang menyandang kedua-dua jawatan itu, iaitu pada tahun 1960-an. - AFP



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment