Lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik

Friday, October 5, 2018

Lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik

Lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik

ALOR SETAR - Seorang lelaki yang disyaki penagih tegar maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di hadapan Pos Laju, Bakar Arang di Sungai Petani petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata lelaki berusia 29 tahun itu dipercayai cuba mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di tempat tersebut, sebelum kejadian berkenaan dilaporkan kepada polis pada 6.25 petang.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa tiada kad pengenalan dan siasatan lanjut daripada maklumat yang diperoleh, mangsa adalah penagih dadah.

“Ketika di hospital, rakan si mati datang dan ditemu bual (pihak polis) berkaitan si mati, (mangsa) merupakan penagih tegar,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Adzli berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini, dan rakannya itu menghubungi keluarga mangsa untuk pengecaman, yang kemudiannya bapa lelaki itu mengesahkan mangsa ialah anak lelakinya.

Beliau berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. â€"Bernama
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment