Aishah tuntut hadiah dari DSV, tak akan ke GV5

Thursday, October 4, 2018

Aishah tuntut hadiah dari DSV, tak akan ke GV5

Aishah tuntut hadiah dari DSV, tak akan ke GV5

PENYANYI Janji Manismu, Aishah telah mengemukakan satu surat tuntutan kepada Datuk Seri Vida berhubung hadiah selepas menjuarai Gegar Vaganza musim keempat, pagi tadi.

Dalam tuntutan tersebut, DSV diberikan tempoh selama tujuh hari berkuatkuasa hari ini bagi menjawab dan mematuhi tuntutan sebagaimana yang tertera dalam surat tuntutan tersebut.

Dalam sidang media pagi tadi, juara GV4 itu turut berkata, dia tidak akan menghadiri GV5 minggu kedua nanti.

"Dia (Datuk Aliff Syukri) hanya mencabar saya untuk hadir ke GV5 minggu kedua nanti.

"Malahan saya tak tahu apa tujuan sebenar dia suruh saya datang, menyanyi pun tidak atau saja-saja nak duduk di sebelah DSV?

"Apa yang anda jangkakan? Nak selesaikan dalam konsert GV, logik ke? Kalau nak jemput hadir, jemput sekali penaja utama yang lain," ujar Aishah tegas.

Sementara itu, berhubung tempoh tuntutan, andai tiada respon balas daripada DSV selepas tujuh hari, Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, akan berbincang semula dengan peguamnya, Mohammad Izwan Azmi.

Ditanya mengenai tanah lot seperti yang dijanjikan oleh penaja lain, Aishah bercakap kepada Sinar Harian, ia masih dalam fasa menunggu.

Sebelum ini Aishah mendedahkan tanah lot berkeluasan banglo itu akhirnya difahamkan lebih kecil tambahan pula ukurannya tidak sesuai untuk sebuah rumah.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment