Ratusan rakyat Venezuela masuk Peru

Saturday, August 25, 2018

Ratusan rakyat Venezuela masuk Peru

Ratusan rakyat Venezuela masuk Peru

LIMA - PERU. Ratusan warga Venezuela memasuki Peru secara haram semalam bagi mencari perlindungan kemanusiaan di negara itu, kata pihak berkuasa.

Peru telah menguatkuasakan peraturan baharu yang menyaksikan rakyat Venezuela tidak lagi dibenarkan memasuki negara itu dari Ecuador tanpa pasport.

Pihak berkuasa Peru melaksanakan peraturan itu semalam, selepas menyaksikan kebanjiran pendatang Venezuela yang melarikan diri daripada krisis ekonomi yang semakin meruncing sejak lapan bulan lalu.

Difahamkan, kebanyakan pendatang Venezuela hanya membawa kad pengenalan dan ia menyukarkan pihak berkuasa untuk menapis kemasukan mereka.

"Mereka yang memiliki status pelarian sah telah dibenarkan masuk meskipun tidak memiliki pasport," kata pengarah pertahanan awam bandar Tumbes, Abel Chiroque.

Tambahnya, pendatang lain terutamanya kanak-kanak, wanita mengandung dan warga tua telah dibenarkan memasuki pintu sempadan atas dasar kemanusiaan.

Peru dan Equador mengetatkan kawalan di pintu sempadan mereka awal bulan ini, susulan kemasukan pendatang dari Venezuela yang semakin bertambah.  

Minggu lalu, Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) berkata, kebanjiran pendatang di pintu sempadan bakal mencetuskan krisis dan meminta Peru dan Equador untuk mengendurkan sekatan. - Reuters



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment