Lantik Petron undang persepsi politik

Thursday, August 30, 2018

Lantik Petron undang persepsi politik

Lantik Petron undang persepsi politik

PUTRAJAYA - Keputusan kerajaan melantik Petron Fuel International Sdn Bhd (Petron) sebagai pembekal minyak kepada kenderaan kerajaan mengundang persepsi politik.

Ini berikutan kedudukan anak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Mirzan sebagai pengarah syarikat induk Petron, Petron Corporation di Filipina.

Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berpendapat bahawa kerajaan perlu memberi respon segera bagi menyakinkan rakyat.

"Ia perlu dijelaskan agar tidak berlaku kehilangan kepercayaan dan keyakinan rakyat dalam jangka  panjang terhadap politik kerajaan PH," katanya.

Menurutnya, persepsi politik kadang kala lebih 'hidup' daripada realiti sebenar.

"Dalam media sosial sudah tular isu ini dan pastinya terdapat beberapa pihak yang tak berpuas hati.

"Ada pihak mahu semak dan imbang berlaku dan tidak mahu ada unsur-unsur nepotisme dan kronisme berlaku meskipun ia sekadar persepsi," katanya.

Beliau berkata,  pihak kedua iaitu penyokong tegar PH sudah tentu tidak mahu persepsi ini dijadikan isu oleh pembangkang.

Manakala katanya, pihak ketiga iaitu pembangkang akan mengambil kesempatan persepsi politik ini untuk menggunakan isu ini bagi melemahkan kerajaan PH.

"Realiti sebenar ia bukan monopoli  dan hanyalah satu daripada tiga pembekal bahan api kepada kerajaan berdasarkan sepucuk surat lantikan yang tersebar dalam media sosial," katanya.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment