Ingat sejarah: Peranan besar Umno dalam kemerdekaan

Friday, August 31, 2018

Ingat sejarah: Peranan besar Umno dalam kemerdekaan

Ingat sejarah: Peranan besar Umno dalam kemerdekaan

SHAH ALAM - Wanita Umno menegaskan kepentingan masyarakat untuk mengingati sejarah kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Ketua Wanita Umno, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, kemerdekaan Tanah Melayu adalah hasil kejayaan rombongan Tunku Abdul Rahman ke London.

Menurutnya, wakil-wakil Parti Perikatan diketuai Umno berjaya mempengaruhi kerajaan Inggeris yang terpaksa bersetuju dengan tarikh kemerdekaan tersebut apabila dikemukakan ke pejabat Tanah Jajahan di London ketika itu.

“Inilah kemenangan besar Umno. Sekali mendayung, dua tiga pulau terlangsung, sekali membuka pura, dua tiga hutang langsai.

“Malah, tarikh 31 Ogos itu dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda Umno, Tun Sardon Jubir dan timbalannya, Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri Malaysia ke-5) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Noraini yang juga ahli Parlimen Parit Sulong berkata, Umno memainkan peranan besar dalam Kemerdekaan Tanah Melayu.

Menurutnya, satu lagi kisah, detik wakil Pemuda Umno Mohd. Tahir Majid menurunkan bendera Union Jack, dan Hamzah Alang menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Jalur Gemilang) pada 30 Ogos 1957 pukul 12 tengah malam di Padang Kelab Selangor (sekarang Dataran Merdeka).

“Sebelum itu dalam mesyuarat Exco Pemuda Umno yang diadakan di rumah ketuanya ketika itu, Sardon Jubir, satu perutusan diterima daripada Pesuruhjaya Tinggi Malaya, Sir Donald Mac Gillivary meminta supaya tidak diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack.

”Alasan yang diberi oleh Mac Gillivary, kemerdekaan dicapai melalui setitik dakwat dan sehelai kertas bukan secara revolusi seperti berlaku di Indonesia yang menumpahkan darah serta mengorbankan nyawa. Justeru adalah wajar maruah penjajah dipelihara dengan mempertahankan bendera berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun menurutnya, Pemuda Umno tetap tidak berganjak dengan keputusan mahu melakukan upacara simbolik menurunkan bendera Union Jack dengan tidak menghiraukan saranan Mac Gillivary.

”Malayan Union menjadi satu hikmah kepada bangsa Melayu apabila mereka berada dalam keadaan perahu sudah terasak ke tebing, ikan sudah sesak ke belat.

“Ledak kebangkitan semangat ketika itu telah berjaya menyatupadukan orang Melayu,” tegasnya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment