49 ditahan, 16 positif dadah

Friday, August 31, 2018

49 ditahan, 16 positif dadah


Dalam serbuan bermula pukul 12 tengah malam itu, 16 lelaki yang ditahan terdiri daripada pengunjung selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dan ketamin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusof berkata, 25 wanita yang ditahan merupakan warga Vietnam berusia lingkungan 20-an.

“Kita percaya mereka bekerja sebagai GRO (gadis pelayan pelanggan) dan kesemua mereka ditahan kerana pelbagai kesalahan termasuk salah guna pas lawatan sosial.

“Kita turut menahan lapan pekerja premis terbabit untuk membantu siasatan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Tambah Ahmad Dzaffir, pihaknya sedang giat mengesan individu dipercayai pemilik premis tersebut yang sudah dua kali diserbu tahun ini. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment