Agong titah peruntukan Hari Keputeraan disalur ke Tabung Harapan

Thursday, August 30, 2018

Agong titah peruntukan Hari Keputeraan disalur ke Tabung Harapan


Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab. Aziz dalam satu kenyataan berkata, Sultan Muhammad V menitahkan agar peruntukan perbelanjaan untuk kedua-dua acara rasmi berkenaan dikembalikan semula kepada kerajaan dengan disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia.

"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri yang telah merancang acara-acara rasmi sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda bagi tahun 2018," kata kenyataan tersebut.

Sultan Muhammad V bertitah acara-acara rasmi sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda yang lain tetap diteruskan sepertimana yang telah dirancang.-UTUSAN ONLINE

 

 



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment