Proton optimis tembusi pasaran China
PROTON Holdings Berhad dan Zhejiang Geely Holding Group (Geely) telah menandatangani persetujuan bagi memulakan kerjasama yang membolehkan Proton membuat dan memasarkan kereta-keretanya di China.
Kedua-dua syarikat memegang ekuiti sama melalui sebuah syarikat kerjasama yang belum diberi nama (JVC).
Dalam satu kenyataan media, DRB-Hicom Berhad berkata, usaha sama ini termasuklah pembukaan fasiliti pengeluaran di China yang akan menghasilkan kereta-kereta serta perkembangan rangkaian pengedar untuk memasarkan kereta Proton di China.
Portfolio kereta-kereta untuk pasaran China adalah berdasarkan platform sedia ada Geely, walaupun rekaan luaran kenderaan itu akan diusahakan oleh Proton sendiri.
Akan tetapi DRB-Hicom berkata, perjanjian dimeterai turut melibatkan platform sedia ada Proton sekiranya bersesuaian untuk dibangunkan menjadi model-model bagi pasaran China.
Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, penglibatan Geely sebagai rakan strategik Proton telah membuka jalan mudah bagi Syarikat itu memasuki pasaran China yang akan mendatangkan keuntungan.
âSecara jelasnya dengan kedatangan Geely, peluang Proton untuk ke China kini lebih terbuka. Antara peranan Geely adalah untuk memastikan jaminan lesen-lesen perkilangan dan kelulusan kawal selia yang diperlukan bagi usaha sama tersebut berada di bawah peraturan yang ditetapkan oleh China.
"Geely juga akan mengenalpasti lokasi yang bersesuaian untuk membina kemudahan perkilangan tersebut,â katanya.
Tambahnya, pembekal-pembekal komponen Proton yang mempunyai kualiti dan berdaya saing juga akan dipertimbangkan untuk menjadi pembekal syarikat usaha sama tersebut.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment