Mengaku tak salah rogol pelajar universiti

Thursday, August 30, 2018

Mengaku tak salah rogol pelajar universiti

Mengaku tak salah rogol pelajar universiti

KUALA LUMPUR รข€" Seorang pelajar tahun pertama jurusan pengajian Bahasa Arab di sebuah universiti di Mesir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang pelajar universiti awam, tahun lepas.

Muhammad Aiman Mohammad Dawami, 22, didakwa  merogol wanita berumur 18 tahun di dalam kereta di tempat letak kenderaan dalam kawasan di sebuah universiti di sini pada 11 malam, 13 Julai 2017.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Hafizza Sauni tidak menawarkan jaminan namun ibu kepada Muhammad Aiman yang merupakan penjamin kepada anaknya merayu jaminan rendah  dengan alasan dia tidak bekerja serta tidak mampu membayar jumlah jaminan yang tinggi dan suaminya yang bekerja sebagai seorang guru perlu menanggung anak-anak yang masih bersekolah.

Hakim Noradura Hamzah membenarkan Muhammad Aiman diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan perlu melapor diri dua minggu sekali di balai polis berhampiran dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 12 September untuk sebutan kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.- Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment