Deejay Hot FM, Haziq timang cahaya mata kedua

Thursday, August 30, 2018

Deejay Hot FM, Haziq timang cahaya mata kedua


Menerusi entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Haziq berkongsi sekeping foto memperlihatkan dia mendukung bayi lelaki yang dilahirkan secara caesar pada pukul 5.34 petang tadi.

Menurut kapsyen yang diserta bersama foto tersebut, Haziq memberitahu bahawa bayi dan isterinya kini berada dalam keadaan sihat walafiat.

Pasangan tersebut yang sama-sama menuntut di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) mendirikan rumah tangga pada 15 Julai 2016 selepas setahun mengikat tali pertunangan.

Pada 8 April tahun lalu, mereka telah pun dikurniakan anak lelaki pertama bernama Nufael Heidy yang sudah berusia setahun. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment