Bekas PM Australia letak jawatan dari Parlimen

Friday, August 31, 2018

Bekas PM Australia letak jawatan dari Parlimen

Bekas PM Australia letak jawatan dari Parlimen

SYDNEY - AUSTRALIA. Bekas Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull meletak jawatan dari Parlimen, hari ini.

Minggu lalu, Turnbull memaklumkan beliau akan berundur daripada parlimen selepas 'digulingkan' disingkirkan dalam undian mengejut, sekali gus menjadi perdana menteri keempat disingkirkan dalam tempoh sedekad.

"Speaker parlimen telah menerima surat peletakan jawatan daripada Turnbull," menurut satu sumber.

Perdana Menteri baharu, Scott Morrison yang dilantik menggantikan Turnbull kini bergantung dengan ahli parlimen bebas untuk meluluskan undang-undang dan menghalang agenda kerajaan lapan bulan sebelum pilihan raya berlangsung.

Difahamkan, kerajaan bukan sahaja hilang majoriti dalam parlimen malah ia tidak lagi mengawal Senat.

Menurut tinjauan terbaharu, kerajaan gabungan Liberal Kebangsaan perlu berhempas pulas meraih sokongan untuk dilantik semula dalam pilihan raya dijadualkan pada Mei 2019. - Reuters



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment