DEB gagal kerana ramai nak cepat kaya

Friday, August 31, 2018

DEB gagal kerana ramai nak cepat kaya


Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ketika pelaksanaan DEB kerajaan memberikan bantuan dengan mengurniakan kontrak serta lesen import (AP) kepada usahawan bumiputera namun ramai yang menjual kontrak serta AP tersebut untuk mendapatkan kekayaan segera.

Kata beliau, hal ini menyebabkan usahawan bumiputera gagal untuk mengekalkan kekayaan sebaliknya peluang tersebut direbut oleh orang lain.

“Kita wujudkan cara dengan beri AP supaya mereka boleh import kereta terpakai yang sudah diperbaiki. Ini bukan perniagaan yang buruk, tetapi seperti yang kita tahu, ramai yang menjual AP. Mereka menjadi pedagang AP, ini yang berlaku.

“Kita telah berusaha sedaya upaya untuk memberi peluang yang banyak kepada bumiputera tetapi kita dapati bahawa tabiat nak dapat kekayaan cepat menyebabkan mereka tidak berjaya,” katanya ketika memberikan ucapan perasmian Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment