Hanya 6,405 barangan dikenakan SST

Thursday, August 30, 2018

Hanya 6,405 barangan dikenakan SST


LIM GUAN ENG
LIM GUAN ENG

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, bilangan itu jauh lebih rendah berbanding 11,197 barangan di bawah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus.

“Dengan ini, beban cukai ke atas pengguna adalah jauh lebih rendah kerana jangkaan kutipan hasil SST selepas ia dilaksanakan pada 1 September ini adalah sebanyak RM21 bilion setahun berbanding hasil GST sebanyak RM44 bilion yang dijangka dikutip pada tahun 2018.

“Walau bagaimanapun, Kementerian Kewangan menyeru kepada syarikat dan perniagaan yang layak berdaftar tetapi masih belum membuat sebarang pendaftaran agar segera berdaftar dengan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi sistem MySST sebelum tempoh 1 September ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Syarikat atau perniagaan yang ingin berdaftar boleh melayari https://mysst.customs.gov.my atau menghubungi talian 1-300-888-500 atau mana-mana pejabat Kastam yang terdekat untuk mendapatkan maklumat lanjut. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment