Wujudkan kawalan pencemaran di Terminal Laut Dalam

Friday, August 31, 2018

Wujudkan kawalan pencemaran di Terminal Laut Dalam

Wujudkan kawalan pencemaran di Terminal Laut Dalam

KUANTAN- Gerakan Rakyat Hentikan Pencemaran Bauksit (Geram) menggesa kementerian berkaitan dan kerajaan negeri mengambil langkah segera terhadap kawalan pencemaran  di Terminal Laut Dalam, Pelabuhan Kuantan di sini.

Pengerusinya, Ali Akbar Othman berkata, langkah itu bagi memastikan kejadian pencemaran akibat aktiviti mengendalikan bauksit yang berlaku dua tahun lalu tidak berulang.

Menurutnya, pembukaan Terminal Laut Dalam yang dinaik taraf itu diharapkan dapat menyumbang kepada peningkatan perkhidmatan Konsortium Pelabuhan Kuantan (KPC)  kepada pelanggannya.

"Namun kami  juga berharap segala langkah kawalan pencemaran segera  diwujudkan bagi mengelak sebarang tumpahan atau perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

"Geram amat berharap pihak berkaitan  memandang serius perkara ini dalam proses perbincangan lanjut berhubung operasi industri bauksit selepas ini," katanya.

Beliau berkata, pihak KPC dan semua pengendali yang beroperasi di kawasan Pelabuhan Kuantan mesti mematuhi piawaian yang ditetapkan serta prosedur dalaman dengan mengambil kira semua aspek keselamatan dan alam sekitar.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment