Dakwaan hakim campur tangan kes disiasat

Friday, August 31, 2018

Dakwaan hakim campur tangan kes disiasat

Dakwaan hakim campur tangan kes disiasat

KUALA LUMPUR - Siasatan dalaman sedang dijalankan berhubung dakwaan terdapat campur tangan hakim kanan dalam kes melibatkan penukaran agama anak-anak M Indira Gandhi dan kes membabitkan mendiang Karpal Singh.

Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum dalam satu kenyataan berkata, beliau mengambil perhatian terhadap perkara tersebut dan menyatakan siasatan dilakukan selepas kenyataan media mengenai kedua-dua kes tersebut dikeluarkan.

รข€œKetua hakim akan mengambil tindakan yang tepat setelah hasil siasatan diperoleh," kata kenyataan itu seperti dipetik dari laporan Malaysiakini.

Menurut laporan itu lagi, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hamid Sultan Abu Backer mendakwa ditegur seorang hakim kanan kerana menulis penghakiman bertentangan, dua tahun  lalu dalam hal penukaran agama anak-anak Indira.

Hamid turut mendakwa bahawa penukaran agama kanak-kanak berkenaan adalah tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran ibu mereka.

Akibatnya, beliau menegaskan telah dikenakan tindakan apabila tidak dibenarkan mendengar kes-kes berkaitan kepentingan awam dan perlembagaan.

Kes kedua pula membabitkan laporan polis dibuat anak mendiang Karpal Singh Sangeet Kaur Deo yang mendakwa terdapat campur tangan seorang hakim kanan mengenai keputusan rayuan kes hasutan bekas pemimpin kanan DAP itu pada tahun 2016.

Berita campur tangan berkaitan kedua-dua kes mahkamah itu mengundang gesaan agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atau tribunal ditubuhkan.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment