Mahathir menaiki kenderaan plat Malaysia 2020

Thursday, August 30, 2018

Mahathir menaiki kenderaan plat Malaysia 2020

Mahathir menaiki kenderaan plat Malaysia 2020

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad buat julung kalinya menaiki kenderaan menggunakan nombor plat istimewa Malaysia 2020 pada sambutan Hari Kebangsaan 2018 di sini hari ini.

Beliau yang tiba jam 7.50 pagi dengan menaiki Proton Perdana Stretch Limo bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Plat nombor tersebut dikhaskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan selepas membuka bidaan siri Malaysia sempena kemerdekaan.

Mahathir sinonim dengan 2020 apabila memperkenalkan Wawasan 2020 pada tahun 1991 yang menggariskan hala tuju Malaysia sebagai negara maju ketika beliau menjawat jawatan Perdana Menteri keempat.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment