Skuad ekuestrian gagal tambah kutipan pingat

Thursday, August 30, 2018

Skuad ekuestrian gagal tambah kutipan pingat

Skuad ekuestrian gagal tambah kutipan pingat

SKUAD ekuestrian negara gagal meneruskan momentum cemerlang setelah tidak memenangi sebarang pingat pada hari terakhir acara berkenaan yang melabuhkan tirai di Pusat Ekuestrian Antarabangsa Jakarta, di sini, hari ini.

Atlet veteran negara, Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil yang menggunakan kuda bernama 3Q Qalisya, muncul peserta terbaik negara dalam acara ‘Jumping’ individu setelah menduduki tangga ke-13 daripada 23 atlet dengan pungutan 21.17 mata penalti.

Seorang lagi atlet negara, Neelan Jonathan Ratnasingham yang menunggang kuda bernama Connely 2, menamatkan saingan di tangga ke-21 dengan kutipan 43.85 mata penalti.

Kakak kepada Jonathan, Sharmini Christina pula gagal melayakkan diri ke final setelah tersingkir pada pusingan awal acara berkenaan.

Atlet Kuwait, Ali Al Khorafi meraih pingat emas dalam acara berkenaan setelah mencatat 1.06 mata penalti, manakala pingat perak dan gangsa, masing-masing dimenangi wakil Qatar dan Arab Saudi iaitu Ali Al Thani dan Ramzy Hamad Al Duhami yang mengutip 2.02 dan 5.00 mata penalti.

Untuk rekod, Mohd Qabil menyumbang pingat perak untuk kontinjen negara setelah menamatkan saingan di tempat kedua dalam acara dressage individu pada 23 Ogos lepas.- Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment