Banjir kilat Laos: Malaysia sumbang RM413,000

Wednesday, August 29, 2018

Banjir kilat Laos: Malaysia sumbang RM413,000

Banjir kilat Laos: Malaysia sumbang RM413,000

PUTRAJAYA - Malaysia hari ini menyumbang USD100,000 (RM413,000) kepada mangsa banjir kilat akibat runtuhan Empangan Xe Pien-Xe Namnoi di wilayah Attepeu di Laos bulan lepas.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menyampaikan cek tersebut kepada Duta Laos di Malaysia Houmdaphone Soukhaseum dalam sebuah majlis di Wisma Putra di sini.

Saifuddin berkata, Malaysia bersedih dengan tragedi itu dan sumbangan yang dihulurkan adalah tanda solidariti rakyat Malaysia kepada Laos kerana kedua-dua negara merupakan anggota Asean.

“Malaysia berharap sumbangan itu akan meringankan Laos dalam usaha bantuannya, selain memulihkan kerosakan keperluan asas dengan cepat,” katanya.

Banjir kilat itu menyebabkan 39 kematian dengan lebih 7,000 penduduk hilang tempat tinggal. Ia juga menyebabkan kemusnahan harta benda dan kehidupan penduduk sekitar terjejas. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment