10 cedera letupan kilang rawatan air di Chicago

Thursday, August 30, 2018

10 cedera letupan kilang rawatan air di Chicago

10 cedera letupan kilang rawatan air di Chicago

CHICAGO - AMERIKA SYARIKAT. Letupan di sebuah kilang rawatan air di Chicago semalam mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 orang cedera, dua darinya parah.

Ramai lagi dilaporkan terperangkap selepas bumbung kilang berkenaan runtuh akibat letupan yang berlaku sekitar jam 11.00 pagi semalam di Kilang Rawatan Air Calumet, terletak di Cook County.

Jurucakap Jabatan Bomba Chicago berkata, mangsa pertama berjaya dikeluarkan 20 minit selepas pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian.

Sementara itu, mangsa kedua hanya berjaya dibawa keluar setelah hampir dua jam kemudian berikutan kesukaran dihadapi pihak bomba mencari jalan di bawah runtuhan untuk sampai kepada mangsa.

Usaha giat dijalankan bagi mengesan mangsa lain di bawah runtuhan kilang dan punca kejadian masih disiasat. - Agensi



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment