Sekolah tak cukup dana bina dewan

Thursday, August 30, 2018

Sekolah tak cukup dana bina dewan

Sekolah tak cukup dana bina dewan

KOTA TINGGI - Sekolah Agama Bandar Tenggara (SABT) 1 di sini kekurangan dana sebanyak RM232,600 untuk membina dewan terbuka sebagai kemudahan murid sekolah menjalani aktiviti kokurikulum.

Pengerusi Badan Kebajikan SABT1, Roslan Yeem berkata, SABT1 mula beroperasi pada tahun 1977 dengan seramai 200 murid yang tinggal di sekitar Bandar Tenggara sebelum meningkat kepada 502 orang pada tahun ini.

"Memandangkan jumlah murid bertambah, sekolah memerlukan infrastruktur namun masalah utama ialah sekolah tidak mempunyai dewan untuk perhimpunan murid sesi petang dan tempat untuk menjalankan aktiviti kokurikulum.

"Masalah menjadikan semakin rumit ketika hujan. Aktiviti kokurikulum seperti program hari muamalat (hari usahawan), hari kemerdekaan, tilawah al-Quran dan sambutan maulid nabi terpaksa diadakan di kantin, garaj kereta atau kawasan terbuka kerana kekurangan bilik darjah," katanya.

Setiausaha Alumni SSA 74-78, Fauziah (kanan) menyerahkan sumbangan dana kutipan dari alumi kepada Guru Besar SABT1, Zaini untuk pembinaan dewan terbuka sekolah

Menurutnya, pelancaran tabung wakaf dan derma bagi anggaran kos berjumlah RM250,000 telah dilancarkan pada Mei 2018 dan sehingga kini tabung tersebut sudah mempunyai RM17,400.

"Ini bermakna dana pembinaan dewan terbuka SABT1 masih lagi kekurangan RM232,600 dan memerlukan sumbangan dari banyak pihak," katanya.

Terdahulu, sekolah berkenaan menerima sumbangan RM6,000 daripada Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin (SSA) 74-78, Bukit Besar untuk pembinaan dewan terbuka yang disampaikan Setiausaha alumni berkenaan, Fauziah Giman kepada Guru Besar SABT1, Zaini Md Noh.

Orang ramai yang mahu memberikan sumbangan boleh menyalurkan ke akaun Bank Islam 01117010004814, Majlis Guru SABT1 untuk wakaf dan derma.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment