SST hanya perubahan sistem percukaian

Friday, August 31, 2018

SST hanya perubahan sistem percukaian

SST hanya perubahan sistem percukaian

KUALA TERENGGANU â€" 'Penghijrahan' daripada cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dilihat tidak juga menyelesaikan masalah asas yang berlaku kepada rakyat hari ini dari segi kos sara hidup dan harga barangan yang meningkat sebaliknya ia satu perubahan sistem percukaian semata.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, apa yang penting sekarang ini ialah bagaimana pelaksanaan SST menyebabkan berlaku pengurangan kepada kos sara hidup dan ia adalah persoalan besar yang lebih penting daripada perubahan daripada satu sistem kepada sistem yang lain.

“Boleh saja sesiapa selepas ini buat sistem yang lain pula tapi persoalannya adakah ia menyelesaikan masalah asas kepada rakyat bahawa kos sara hidup dan harga barang yang meningkat tidak berlaku.

“Saya percaya harga barang ini nak naik senang tapi nak turun susah, inilah yang sepatutnya diberi fokus oleh kerajaan, bagaimana mencari jalan menurunkan harga barang daripada fokus menghijrahkan kepada satu perkara kepada perkara yang lain,” katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas pelaksanaan SST yang bermula, hari ini.

Beliau hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Perkampungan Islam sempena Ulangtahun Ke-30 Surau Al-Hikmah Padang Midin di perkarangan Surau Al-Hikmah, di sini.

Ahmad Samsuri berkata, ia berbeza dengan Pas pada PRU14 lalu yang mencadangkan pemansuhan GST dan mempertimbangkan pelaksanaan dasar fiskal dalam bentuk yang lain.

Beliau percaya, memang ada keperluan produk-produk tertentu dikenakan cukai tetapi ia harus dilihat secara menyeluruh.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment