Rakyat teruja terjemahkan 'Sayangi Malaysiaku'

Thursday, August 30, 2018

Rakyat teruja terjemahkan 'Sayangi Malaysiaku'

Rakyat teruja terjemahkan 'Sayangi Malaysiaku'

PUTRAJAYA - Kehadiran sambutan Hari Kebangsaan 2018 sentiasa ditunggu-tunggu bagi enam bersaudara.

Anggun dan kacak memperagakan fesyen yang diperbuat daripada bendera, Aishah Zulaikha 7,  Intan Izani 10,  Nur iman Saadah, 8, bersama sepupu mereka, Muhamad Alif Arshad, 10, Muhammad Alif Aiman,11,  muhamad Alif Aidil,5, tetap tersenyum riang.

Ibu mereka, Ariani Bariman,45, berkata, setiap tahun, keluarganya tidak melepaskan peluang untuk menjahit bendera dijadikan sebagai pakaian istimewa buat anak-anak.

"Ini kali keempat saya menjahit pakaian untuk mereka bagi menghadiri sambutan ini," katanya.

Menurutnya, mereka sekeluarga bangun seawal jam 2 pagi untuk bersiap ke sini daripada rumah di Kota Damansara.

"Kami gembira melihat anak-anak bersemangat," katanya.

Keluarga Muhamad Firdaus Solleh

Sementara itu, seorang tentera, Muhamad Firdaus solleh,29, turut membawa isteri dan dua anaknya hadir melihat perarakan hari kebangsaan.

"Kehadiran kami untuk menzahirkan semangat cintakan negara walaupun ini kali pertama hadir kerana sebelum ini bertugas di Sabah," katanya yang turut memakai pakaian diperbuat daripada bendera kepada dua anaknya.

Sementara itu, bagi A Devamalar yang lengkap memakai sari daripada bendera berkata, kehadirannya bersama anak bagi meraikan Malaysia baharu.

"Saya gembira dengan pentadbiran kerajaan sekarang," katanya.

A. Devamalar lengkap bersari corak Jalur Gemilang

Senada dengan Devamalar, Teoh Su Wei,44, turut membawa keluarganya bagi meraikan kerajaan baharu.

"Kami datang untuk bersama -sama meraikan kerajaan baharu yang  kali pertama sejak 60 tahun lalu.

"Anak-anak turut gembira untuk meraikannya," katanya.

Teoh Su Wei bersama keluarga



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment