Rakyat terbeban pada 1 September ini?

Thursday, August 30, 2018

Rakyat terbeban pada 1 September ini?

Rakyat terbeban pada 1 September ini?

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjangkakan pelaksanaan cukai Jualan dan Barangan (SST) pada  1 September ini bakal memberi impak besar kepada rakyat.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, pelaksanaan enam peratus cukai perkhidmatan dan 10 peratus cukai jualan itu nyata akan memberikan tekanan yang besar kepada rakyat di negara ini.

"Saya jangka kenaikan 10 dan enam peratus atas barang-barang yang disenaraikan.

"Setengah barang akan naik harga tapi pengangkutan pun akan naik enam peratus.

"Ada setengahnya akan beri impak sekali ganda maknanya perkhidmatan seperti lori dan sistem penghantaran pun akan naik enam peratus. Jadi rakyat akan tanggung kenaikan yang agak besar kesannya," katanya kepada media dalam sidang media di Sekolah Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, sebentar tadi.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini berkata SST perlu dilaksana mulai 1 September ini bagi mengelak kerajaan beroperasi dalam keadaan defisit.

Katanya, tanpa pelaksanaan sistem percukaian berkenaan, kerajaan akan mengalami kekurangan hasil sebanyak RM4 bilion pada tahun ini.

Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai keadaan ekonomi semasa, Najib berkata rakyat kini terus dicengkam.

"Kalau sebiji tayar boleh dikatakan RM500, jadi kalau 10 peratus maknanya sudah naik RM50. Malah ada sesetengah tayar tu harga lebih daripada itu. RM1800 pun ada.

"Pasang pun kena cukai. Ini semua akan bawa kepada tekanan harga kepada rakyat.

"Ada orang kata kalau Najib ada ringgit akan turun. Sekarang namun tidak ada lagi dahsyat. Itu masing-masing jawab," katanya lagi.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment