Penulis 'Bercakap Dengan Jin' Tamar Jalis meninggal dunia

Saturday, August 25, 2018

Penulis 'Bercakap Dengan Jin' Tamar Jalis meninggal dunia


Solat jenazah Allahyarham akan dilakukan selepas waktu Zohor di Suaru al-Falah, Seksyen 6 dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Kota Damansara.

Tamar Jalis terkenal sebagi penulis ‘Siri Bercakap Dengan Jin’ dan Allahyarham berjaya menyembunyikan identiti diri selama 30 tahun dengan hanya memakai nama samaran ‘Tamar Jalis’ daripada pengetahuan umum.

Dalam siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis menulis watak datuknya Long Mat Piah berusia 50-an dan beliau sebagai watak cucu berusia belasan tahun.

Sebanyak 284 siri Bercakap Dengan Jin telah disiarkan dalam majalah Variasari terbitan Variapop Group yang berterusan selama 23 tahun enam bulan mulai bulan April 1981 hingga Januari 2005.

Ia dianggap sebagai satu rekod dan pencapaian yang luar biasa tentang kisah yang ditulis secara bersiri dalam majalah di Malaysia.

Mohamed Radzi pernah berkhidmat sebagai penyunting akhbar Harian Watan (1977-1979) seterusnya sebagai editor majalah Penerbitan Adabi seperti Widya, Aktual dan Rintis (1980).-UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment