Tun M nafi kenyataan PM Singapura

Thursday, August 30, 2018

Tun M nafi kenyataan PM Singapura

Tun M nafi kenyataan PM Singapura

KUALA LUMPUR - "Malaysia akan menyertai Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) hanya jika perjanjian perdagangan mega itu terbukti memberi manfaat kepada negara," kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri itu turut menafikan kenyataan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong bahawa RCEP akan ditandatangani pada tahun ini.

"Tidak. Kami perlu menelitinya (RCEP)," katanya selepas menghadiri perbincangan meja bulat dengan pemimpin perniagaan Asean di sini hari ini.

Perbincangan itu dipengerusikan oleh Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan Asean (Asean-BAC) Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid.

Dr Mahathir menegaskan, Malaysia tidak membuat sebarang komitmen mengenai RCEP. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment