Polis sahkan isteri dicekik sampai mati

Thursday, August 30, 2018

Polis sahkan isteri dicekik sampai mati

Polis sahkan isteri dicekik sampai mati

SUNGAI DUA - Mangsa yang maut ditetak suami sendiri di Flat Taman Merbau Indah di sini kelmarin, turut dicekik sehingga mati.  

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata,  hasil siasatan mendapati mangsa meninggal dunia akibat dicekik.

"Dalam pergelutan itu, mangsa bukan sahaja ditetak suspek, malah turut dicekik sehingga mati gara-gara cemburu.

"Suspek kini direman selama tujuh hari bagi siasatan lanjut. Pada masa sama, polis juga akan mengambil keterangan daripada lelaki yang didakwa menjadi teman lelaki mangsa itu," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Isteri maut ditetak suami]

Terdahulu, dalam kejadian kelmarin, seorang lelaki warga tempatan di sini sanggup menetak isterinya sehingga maut dalam kejadian di sebuah rumah di Rumah Pangsa Kos Rendah Taman Merbau Indah, Sungai Dua.

Suspek kemudiannya berjaya diberkas sepasukan polis kira-kira jam 2.20 pagi.

"Dalam kejadian awal pagi itu, polis menerima laporan daripada suspek yang juga merupakan suami mangsa.

"Hasil siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati pintu gril hadapan dan pintu belakang rumah dalam keadaan berkunci," katanya.

Siasatan awal polis menemukan seorang wanita dalam keadaan terlentang muka menghadap ke atas ditutup dengan selimut dalam sebuah bilik tidur.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment