Pengundi Umno perlu teruskan solidariti pembangkang

Friday, August 31, 2018

Pengundi Umno perlu teruskan solidariti pembangkang

Pengundi Umno perlu teruskan solidariti pembangkang

PETALING JAYA - Penyokong Umno perlu bersama-sama meneruskan solidariti sebagai pembangkang di negeri ini dengan meletakkan sokongan mereka kepada calon Pas, Dr Halimah Ali pada PRK Dun Seri Setia.

Pengerusi Zon 2, Abu Shahib Mohd Suki berkata, dalam keadaan pimpinan Umno telah memberikan kata putus kerjasama untuk menyokong Pas, pengundi Umno di kawasan Dun Seri Setia perlu menjalankan tanggungjawab mereka.

"Faktor pertama Umno dah jadi pembangkang di peringkat negeri dan persekutuan, dan kita akan bersama-sama menyokong pembangkang dalam situasi ini kita beri sokongan kepada Pas.

"Atas dasar ini, kita sama-sama turun padang untuk membantu calon Pas berkempen seterusnya beri kemenangan kepada Pas pada PRK Dun Seri Setia.

"Setakat ini kita dah bekerja banyak program jalinan rakyat dan dah mengenalpasti pengundi-pengundi bagi memastikan mereka turun mengundi Pas pada 8 September ini," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau yang ditemui ketika progran kempen Pas di Taman Putra Damai turut mengatakan, kerajaan negeri gagal menjaga kebajikan penduduk di Lembah Subang khususnya dalam isu perumahan.

"Kemenangan Pas di Seri Setia sekurang-kurangnya sebagai tanda protes kita selama apa dilakukan hingga hari ini terhadap kerajaan PH di Selangor yang sejak PRU12 lagi gagal jaga kebajikan rakyat.

"Kalau lihat isu perumahan di Lembah Subang ini, ketika itu kita terpaksa mengadu kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang ketika itu dijaga oleh Tan Sri Noh Omar.

"Banyak peruntukan hingga berpuluh-puluh juta telah disalurkan untuk tukar lif, naik taraf sistem dan sebagainya.

"Walaupun waktu itu kerajaan tahu bukan semua penduduk di sini menyokong kerajaan BN, namun atas dasar prihatin keperluan rakyat mereka tetap salurkan bantuan," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment