Koleksi Hotwheels Hantu Kak Limah pula tersebar

Saturday, August 25, 2018

Koleksi Hotwheels Hantu Kak Limah pula tersebar

Koleksi Hotwheels Hantu Kak Limah pula tersebar

FILEM Hantu Kak Limah hasil karya dari Mamat Khalid kini hangat diperkatakan kerana berjaya mencatat kutipan pecah panggung sebanyak RM27.5 juta dalam tempoh 15  hari.

Malah filem pecah panggung ini diramalkan bakal berpotensi merekodkan hasil jualan tiket pada tahap maksimum sekurang-kurangnya hampir RM30 juta.

Belum reda kejayaan luar biasa naskhah paling laris dalam negara ini, terbaharu bagi peminat Hotwheels tidak melepaskan peluang mendapatkan koleksi edisi terhad keluaran Hotwheels Hantu Kak Limah.

Menerusi laman media sosial Facebook bernama Zalie Ahmad telah menguar-uarkan koleksi keluaran Hotwheels Hantu Kak Limah buatan sendiri dan lebih menariknya pengangkutan sampan dan motosikal Husin iaitu watak yang dilakonkan oleh Awie dalam filem tersebut turut dijual.

Paparan koleksi gambar Hotwheels itu menarik perhatian netizen yang menyifatkan ia unik dan tidak mahu melepaskan peluang memiliki edisi terhad Hotwheels Hantu Kak Limah yang menjadi fenomena luar biasa buat filem tempatan.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment