Inisiatif promosi francais tempatan ke Australia
KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) terus bekerjasama meneruskan mempromosikan industri francais tempatan ke Australia selepas melaksanakannya di Indonesia dan Thailand.
Dalam satu kenyataan medianya, PNS berkata, promosi itu dilakukan menerusi pelaksanaan program Misi Promosi Francais Malaysia ke Melbourne, Australia sempena Pameran âMelbourne Franchising and Business Opportunities 2018 (MFBO 2018)â yang diadakan di Melbourne Convention & Exhibition Centre, Melbourne, Australia pada 25 hingga 26 Ogos lalu.
Menurut PNS, sebanyak 10 syarikat francais Malaysia iaitu Brain Checker, Laundrybar, Marrybrown, Muzart, Smart Reader Kids, The Manhattan Fish Market, ELV, Celmonze, Teh Tarik Place dan FerLab
"Misi promosi francais di Australia bertujuan mencari peluang meneroka pasaran di Australia dan mengenalpasti perniagaan francais Australia yang berpotensi untuk dibawa ke Malaysia.
"Ia juga mengekalkan jaringan sedia ada yang telah dibina melalui penyertaan pada tahun 2015 dan 2016,â kata PNS.
Selain PNS, delegasi Malaysia bagi MFBO 2018 turut disertai Pengarah Bahagian Pembangunan Koperasi, KPDNHEP, Jafri Embok Taha, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Persatuan Francais Malaysia (MFA).
Pada program itu, Konsul Jeneral Malaysia ke Australia Westmoreland Palon merasmikan Pavilion Francais Malaysia.
PNS berkata, pelbagai program diadakan sepanjang misi itu antaranya Malaysia-Australia International Business Meeting iaitu sesi mesyuarat perniagaan Malaysia-Australia yang membincangkan tajuk âMalaysia â" Australia Franchise Business Opportunities and Challengesâ.
Turut diadakan adalah lawatan ke outlet Smart Reader, iaitu salah satu jenama francais Malaysia yang mempunyai cawangan di Melbourne dan ke outlet francais Australia iaitu Laser Clinics Australia.
"Bagi penyertaan MFBO 2018, KPDNHEP menyasarkan transaksi sebanyak RM 38.6 juta berbanding pada penyertaan MFBO 2016, jumlah transaksi perniagaan yang tinggi diperoleh oleh syarikat francais tempatan yang menyertai program iaitu sebanyak RM 76.6 juta. Australia merupakan negara yang berpotensi besar kepada industri francais tempatan menembusi pasaran di sana dengan lebih luas bagi industri makanan, kecantikan dan pendidikan.
"Ini terbukti apabila salah satu jenama francais tempatan yang mengikut misi promosi francais ini iaitu Teh Tarik Place, telah mengikat perjanjian dan bakal membuka cawangan di Central Business District (CBD) Melbourne pada hujung tahun ini," katanya.
PNS berkata, penyelarasan misi perdagangan antarabangsa kali ini dilihat mampu membantu sektor francais yang dijangka mencapai sumbangannya kepada KDNK sebanyak RM35 billion dalam tempoh dua tahun lagi.
Sehingga kini, sebanyak empat jenama francais Malaysia dengan jumlah 71 cawangan francais beroperasi di Australia seperti Global Art, Paparich, Royal Selangor dan Smart Reader Kids.
Manakala, terdapat 18 jenama-jenama francais Australia yang kini berada di Malaysia antaranya Boosts Juice, Bathroom Werx, Cartridge World dan Sticky.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment