Kampung Sungai Puteri dilanda ribut
KUANTAN - Dua buah rumah di Kampung Sungai Puteri, Rompin rosak teruk akibat dilanda ribut, petang semalam.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusof berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.30'petang dan daripada maklumat awal dilaporkan 30 rumah terlibat.
Menurutnya, susulan panggilan penduduk yang diterima pihak sekretariat, anggotanya ke lokasi untuk pemantauan dan mendapati dua rumah penduduk terjejas teruk.
"Operasi bencana ini turut melibatkan polis, bomba dan penduduk kampung.
"Allhamdulillah tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan manakala anggaran kerugian dialami penduduk masih dalam taksiran,"katanya.
Zainal berkata, tiada pusat pemindahan dibuka kerana mangsa terlibat menumpang di rumah saudara.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment