Empat terbunuh, 11 cedera dalam kejadian tembakan di Florida

Sunday, August 26, 2018

Empat terbunuh, 11 cedera dalam kejadian tembakan di Florida


JACKSONVILLE: Satu kejadian tembakan berlaku di sebuah restoran yang menyiarkan perlawanan permainan video atas talian di sini pada Ahad, mengakibatkan empat orang terbunuh dan 11 cedera.

Menurut polis, suspek turut dipercayai maut di tempat kejadian.

Pihak polis masih sedang menyiasat sama ada suspek mempunyai rakan subahat.
Kejadian berlaku di pusat hiburan The Jacksonville Landing pada tengah hari Ahad, disifatkan polis sebagai kejadian tembakan besar-besaran ketiga di Florida sepanjang dua tahun lepas. 

Syarikat penganjur, EA Sports, yang juga pemilik permainan 'Madden NFL 19', kini bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Susulan kejadian, pejabat Sheriff di Jacksonville menggesa orang ramai supaya menjauhi kawasan sekitar pusat hiburan tersebut.

Amaran tersebut turut dihebahkan menggunakan platform media sosial seperti Facebook dan Twitter.





sumber: astroawani

0 comments:

Post a Comment