Korban banjir Kerala cecah 445 orang

Sunday, August 26, 2018

Korban banjir Kerala cecah 445 orang

Korban banjir Kerala cecah 445 orang

KOCHI - INDIA. Jumlah kematian akibat banjir besar di Kerala, selatan India meningkat kepada 445 orang, hari ini dengan penemuan lebih 28 mayat ketika aktiviti pembersihan giat dijalankan.

Ketua Menteri Kerala, Pinarayi Vijayan berkata menerusi Twitter, lebih 130,000 rumah terjejas akibat banjir termasuk tempat awam perlu dibersihkan

Difahamkan, pihak berkuasa juga dalam proses memulihkan bekalan elektrik.

Penduduk yang kembali ke rumah dinasihatkan supaya berjaga-jaga dengan kehadiran ular ketika banjir.

Sementara itu, pihak berkuasa negeri dan pakar hidupan liar sudah membentuk pasukan untuk membantu mereka yang menemui ular di rumah masing-masing. - AFP



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment