4 maut insiden tembakan rambang di Miami
MIAMI - AMERIKA SYARIKAT. Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh, termasuk seorang suspek dalam kejadian tembakan rambang di pertandingan permainan video di Jacksonville, utara bandar Florida hari ini, kata polis.
Ketua Sheriff Jacksonville, Sheriff Mike Williams mengesahkan terdapat mangsa maut dan cedera dalam insiden tembakan ketika pertandingan permainan video Madden 19 American football eSport.
âSeorang suspek dikenal pasti dalam kes ini dan dia turut terbunuh di tempat kejadian,â katanya.
Williams menambah, insiden berlaku di dalam sebuah restoran di kompleks hiburan dan beli-belah The Landing.
Sementara itu, Setiausaha akhbar Rumah Putih, Sarah Sanders mengesahkan Presiden Donald Trump sudah dimaklumkan mengenai insiden terbabit. - AFP
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment