Umum mengetahui jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri bakal melancarkan single terbarunya yang berjudul ‘Bobo Di Mana’ bersama Nur Sajat dan turut menampilkan selebriti Indonesia, Lucinta Luna.

Meskipun belum lagi dilancarkan secara rasmi, namun lagu tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen apabilla Aliff Syukri memuat naik video menyanyikan teaser lagu berkenaan bersama Sajat dan Lucinta menerusi Instagram miliknya.


yes or no tarian ni?? siapa tak zabar nak tngok muzik vedio kami??? tag kawan korang yg pastinya lagu ini bakal mengegarkan asia.. . . ini baru prektise tarian baru… nantikan muzik vedio #bobodimana yg menelan cost paling mewah sebanyak 2meliar rupiah tak lama lagi… dan jom join #bobodimanadancechallenge dan tag kan kami @nursajat02 @aliffsyukriterlajaklaris dan @lucintaluna sbb 3pemanang akan dimaklumkan nanti ..kalau nak tmgok full vedio boleh tngom di chanel youtube kami tvterajaklaris ciptaan @gebby.vesta_


A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on



Ada yang sukakan lagu tersebut, namun apa yang menjadi perhatian ialah ada dikalangan netizen yang kurang gemar dengan tarian cukup ‘mengundang ‘ yang dipaparkan dalam video tersebut. Ada juga yang meluahkan rasa kecewa dengan Aliff Syukri kerana video berkenaan dilihat lucah dan terutama sekali aksi daripada Sajat dan Lucinta yang berpakaian seksi.

Menerusi video tersebut, Aliff turut memberitahu muzik video lagu berkenaan menelan kos paling mewah iaitu sebanyak 2 milyar rupiah (RM562 juta)

Walaupun mendapat kecaman teruk daripada netizen, namun setakat ini video tersebut sudah pun ditonton sehingga 800,000 kali.