Farihin duta Rumah Ngaji@Laman83
BUKIT JELUTONG - Penerbit muzik tanah air, Farihin Abdul Fattah dilantik sebagai duta Rumah Ngaji@Laman 83 sempena majlis pelancaran itu, semalam.
Farihin terharu dipilih sebagai ikon itu sekali gus mendorongnya memperbanyakkan lagi aktiviti keagamaan yang dianjurkan bersama Laman83 sebelum ini.
"Saya lihat inisiatif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) ini cukup baik bagi membudaya amalan tadabbur al-Quran dalam keluarga seiring kempen myfamily #QuranHour.
"Pada masa sama, dapat mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan berlandaskan agama Islam dalam satu platform seumpama ini," katanya.
Farihin turut berkongsi peranannya menyemarakkan budaya tadabbur dalam jiwa anak kecil supaya mereka menjadikan al-Quran ini sebagai teman rapat.
"Sebab saya lihat anak-anak kecil ini masih leka dengan gajet sedangkan ibu bapa, abang dan kakak mereka tekun bertaddabur.
"Jadi saya berusaha menjadikan amalan tadabbur ini masuk minda anak dan berkongsi kisah dalam al-Quran dalam suasana santai.
"Sambil mereka bermain, kita ceritakan kisah dalam al-Quran supaya mereka seronok dan program khusus untuk anak kecil ini juga akan diselitkan persembahan seni yang bersesuaian," katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment