Â
JAKARTA: Kesilapan kecil membawa padah kepada atlet wushu negara, Tan Cheong Min yang terlepas pingat dalam acara gabungan Nanquan & Nandao, hari ini.
Dia akur kedudukan keempat apabila gagal melakukan pendaratan dengan kemas ketika melakukan lompatan dalam acara Nandao sekali gus sekadar mengutip 9.44 mata di Pusat Pameran Antarabangsa Jakarta, Kemayoran.
"Ia kesilapan memang tidak dijangka dan tidak pernah berlaku kepada saya pada kejohanan besar," katanya yang juga naib juara dunia dalam acara itu.
Ia detik yang menyedihkan buat atlet kelahiran Melaka itu kerana berlaku pada hari ulangtahun kelahirannya ke-20.
"Tiada apa yang mengganggu saya sebelum masuk ke gelanggang, semuanya baik namun kesilapan yang tidak dijangka berlaku.
"Sedih namun saya tetap gembira kerana ini penampilan pertama di Sukan Asia. Saya akan memberi fokus yang lebih kepada kesilapan berkenaan pada kejohanan akan datang," katanya.
Semalam, Cheong Min mencetuskan harapan pingat perak kepada negara apabila cemerlang di tempat kedua acara Nanquan dengan 9.71 mata.
Secara keseluruhan dia berada pada kedudukan keempat dengan 19.15 mata dengan atlet China, Lu Tang konsisten untuk meraih emas dengan 19.49 mata.
sumber: hmetro
0 comments:
Post a Comment