Umno ikhlas bantu Pas bertanding di PRK Seri Setia

Friday, August 3, 2018

Umno ikhlas bantu Pas bertanding di PRK Seri Setia

Umno ikhlas bantu Pas bertanding di PRK Seri Setia

SHAH ALAM - BN khususnya Umno akan membantu Pas secara ikhlas bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan Dun Seri Setia.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerjasama itu diterjemahkan di atas semangat setia kawan di barisan pihak pembangkang.

“Umno dan BN ikhlas untuk membantu Pas bertanding di Seri Setia. Kebersamaan ini kami terjemahkan atas setia kawan dalam barisan pembangkang,” katanya menerusi status yang dimuat naik di Twitter miliknya hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan membuat kenyataan bahawa parti itu memberi laluan kepada Pas meletakkan calon di kerusi Dun Seri Setia pada PRK nanti.

[ ARTIKEL BERKAITAN : Seri Setia: Umno beri Pas laluan]

Dalam kenyataan sama, Ahmad Zahid berkata, bantuan akan diberikan daripada segi keperluan jentera yang akan digerakkan sebagai tanda kolaborasi politik.

“Isu-isu rakyat setempat, negeri dan nasional bakal mendominasi gerak kerja bersama,” katanya.

Adun Seri Setia, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limau Manis, di sini jam 10 pagi, hari ini.

Terdahulu, Allahyarham yang meninggal dunia jam 6.28 petang semalam akibat kanser usus dan hati disembahyangkan di Masjid Jamiurrahmah jam 8.45 pagi.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment