Program korban Haluan di 19 negara
KUANTAN - Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan Malaysia) meneruskan tradisi program ibadah korban ke luar negara yang dilaksanakan sejak 15 tahun lalu dengan memilih 19 negara untuk misi tahun ini termasuk di kem pelarian Coxâs Bazar, Bangladesh.
Bagi tujuan itu, dua wakil Haluan Malaysia akan dihantar ke negara terlibat dan sebahagian negara diwakilkan kepada NGO tempatan untuk mengendalikan proses korban dan agihan.
Ketua Unit Rohingya , Biro Misi Kemanusiaan Haluan Malaysia, Abd Bashir Abd Ghani berkata, secara keseluruhannya, kira-kira 3,000 haiwan korban termasuk lembu dan kambing disediakan untuk program itu.
Menurutnya, sambutan terhadap program itu amat menggalakkan daripada penduduk negara ini yang prihatin dengan nasib penduduk miskin di beberapa negara luar.
âSasaran asalnya 6,000 haiwan akan disediakan, namun atas beberapa faktor, jumlah itu terpaksa dihadkan,â katanya.
Abd Bashir yang akan bertolak ke Bangladesh malam ini berkata, sebanyak 50 haiwan ternakan disediakan untuk dikorbankan dan diagihkan kepada pelarian Rohingya di Coxâs dan Arakan, Myanmar.
âMenurutnya, program korban bersama pelarian Rohingya itu kali kedua dilaksanakan selepas kali pertama tahun lalu.
âBagi melancarkan program ini, kita mendapat kerjasama NGO tempatan termasuk mendapatkan bekalan haiwan dan urusan penyembelihan serta agihan daging korban dan sudah pasti penerimanya dalam kalangan golongan miskin yang memerlukan,â katanya.

Beliau berkata, semua bekalan haiwan akan diperoleh daripada pembekal tempatan, bagaimanapun jumlah agihan setiap negara bergantung kepada harga di negara berkenaan.
âKita dapati harga haiwan korban terlalu tinggi bagi sesetengah negara terutama yang sedang bergolak seperti Syria. Ada sesetengah negara harga lembu dan kambing jauh lebih murah atau hampir sama dengan harga di negara ini.
âDari segi bekalan tiada masalah namun ada beberapa masalah perlu diambil kira supaya program ini berjalan dengan lancar dan mencapai matlamatnya terutama bagi menyempurnakan hasrat penderma yang mewakilkan kami untuk melaksanakan ibadah korban ini,â katanya.
Menurutnya, di Coxâs Bazar, program dilaksanakan dengan kerjasama NGO di sana manakala di Arakan, diserahkan sepenuhnya kepada NGO tempatan.
âBerdasarkan pengalaman tahun lalu, kita dapati, proses penyembelihan haiwan korban tidak boleh dilakukan secara terbuka ekoran jumlah pelarian yang terlalu ramai bagi mengelak diserbu dan berlaku kekecohan.
âJusteru, atas pengalaman itu, kami mengambil keputusan mengadakan penyembelihan di kawasan pinggir kem secara tertutup sebelum daging korban diagihkan kepada pelarian,âkatanya.
Menurutnya, beliau juga terpaksa mengambil kira faktor cuaca yang masih tidak menentu disana yang kemungkin hujan masih turun dan boleh menganggu kelancaran program.
âSekiranya cuaca hujan, sudah pasti akan menimbulkan masalah jadi kita perlu ambilkira faktor-faktor ini juga,âkatanya yang akan berada di Bangladesh sehingga 27 Ogos ini,â katanya.
Beliau terharu dan berterima kasih atas sifat pemurah dan prihatin penduduk negara ini terhadap nasib penduduk negara luar yang dihimpit penderitaan terutama bagi saudara seagama.
âPermintaan bagi program ini cukup mengalakkan dan tidak putus-putus namun penyertaannya kita hadkan mengikut tempaoh yang ditetapkan,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment