Bukti langkah kerajaan dahulu menguntungkan negara

Sunday, August 19, 2018

Bukti langkah kerajaan dahulu menguntungkan negara

Bukti langkah kerajaan dahulu menguntungkan negara

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan langkah kerajaan sekarang yang meneruskan legasi BN ketika ini sebagai bukti PH memperakui keberkesanan tinggalan legasi pentadbiran kerajaan terdahulu.

Katanya, meskipun sebelum ini PH menyatakan hasrat untuk membatalkan segala yang membabitkan legasi BN namun berlaku sebaliknya setelah mereka mentadbir Putrajaya.

Jelasnya, langkah PH itu dilihat sekaligus mengakui projek-projek yang dibuat oleh BN bersifat menguntungkan rakyat.

"Walaupun saya dan BN difitnah teruk pada masa itu (sebelum PRU14), saya gembira bahawa langkah-langkah kerajaan BN dulu telah dibuktikan sebagai langkah yang menguntungkan negara dan rakyat," katanya yang dipetik menerusi Facebooknya, hari ini.

Beliau merujuk kepada isu Proton dengan projek "Forest City" dan "Melaka Gateway"  yang merupakan isu-isu utama yang sering dimainkan oleh Tun Dr Mahathir dan pemimpin PH untuk menuduh beliau menjual negara.

Katanya, kini, kerajaan PH pula amat bangga dengan Proton-Geely.

"Mereka juga sudah umumkan di Parlimen bahawa kerajaan PH tidak mempunyai halangan untuk benarkan Forest City menjual hartanah secara hak-milik kekal kepada warga asing.

"Manakala Ketua Menteri Melaka Adly Zahari pula mengumumkan bahawa projek Melak Gateway tiba-tiba menjadi amat penting untuk pembangunan negeri dan bakal membawa Melaka kembali ke zaman kegemilangan kesultanan Melaka," katanya lagi.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment